Monday, August 15, 2011

ABANG,TUNGGU MAK DI SYURGA :')


Wednesday, August 10


بسم الله الر حمن الر حيم

Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"
Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Dan terima kasih kepada penulis & saya share untuk semua moga ketabahan mereka,
mampu membuatkan yang lain semua hargai apa yang ada di depan mata..........
..........Terima Kasih sekali lagi.....

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku.
Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 
Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang,
baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu,
tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu,
sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan.
Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua.
Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah,
berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah,
mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. 

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang.
Pun hanya kami berdua juga.
biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. 

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" 

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir.
Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. 

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi.
Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang.
Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'.
Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir.
Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. 

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang.
Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana . 

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.
Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak.
Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri,
tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?"
Itulah soalan mereka. 

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis,
sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman.
Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? 

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah.
Mak terfikir tentang soalan mereka itu.
Mak tak tahu nak jawab macam mana.
Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. 

Lantas mak capai diari kecil itu.
Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku,

sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang. 
Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu.
Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. 

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali
mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. 

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi.
Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. 

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?
Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang. 

Januari 2011-

Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak.
kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'.
Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah!
Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang. 

26 Februari 2011-

Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu,
mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! 

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah.
Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, 

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur ,
tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. 

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang,
tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. 

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas,
abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang,
sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang.
Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir. 

7 Mac 2011-

Keadaan abang makin kritikal.
Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak,
lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. 

Mak bawa abang ke IJN,
rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang.
Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. 

Abang hanya menanti waktu.
mak angguk perlahan. Mak redha.
Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. 

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak,
macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!" 

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka,
sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat,
jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi. 

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian,
apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit.
jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka.
Pahitnya, biarlah mak sendiri telan. 

13 Mac 2011-

Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah .
Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga.
Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang. 

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?" 

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!" 

Mak termenung dengar permintaan abang.
Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar.
Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!" 

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba.
Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba.
Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. 

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab,
lantas mak tarik baju abang ke paras dada.
Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu:
"Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'!
Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" 

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan,
pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. 

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu.
Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu.
Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat.
Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung. 

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?" 

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!" 

Mak dukung abang, tunggu depan rumah.
Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah,

Mak tahan lori itu. 
"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" 

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak.
Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka. 

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu.
Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama.
Sedih agaknya. 

Begitulah seterusnya.
Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama.
Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo.
Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.
Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang. 

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung.
Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan.
Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan! 

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa.
Macam-macam abang teringin nak makan.
Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi,
semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi! 

Apa saja yang teringin oleh tekak abang,
semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua.
Apa saja abang pinta, kami tunaikan. 

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk! 

27 Mac 2011-

Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah,
apatah lagi untuk bergerak.
Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina,
anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital. 

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" 

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN.
Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku.
Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal. 

5 April 2011-

Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. 

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" 

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini.
Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. 

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura.
Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan
permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah. 

7 April 2011

Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. 

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya,
Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. 

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya,
kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta. 

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu...
selamat ulang tahun untuk abang.
Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik. 

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang..
membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang.
Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. 

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang,
bacaanya meningkat naik.
Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak.
Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik. 

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat.
Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. 

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang:
"Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu.
Mak tahu abang nak pergi. 

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya.
Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta.
Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!" 

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu.
Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya.
Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu!
Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia 

Abang pada tahun 2007. 

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital.
Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal.
Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. 

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang.
Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya. 

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan. 

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!" 

Abang hanya mengangguk lemah.
Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin.
Abang mahu minum air coklat.
Tapi abang hanya minum seteguk.
Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. 

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?" 

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. 

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. 

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. 

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. 

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'!
Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun...
mereka belum sempat jamah makanan di atas meja." 

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! 

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil.
Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!" 

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!".
Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang. 

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang.
Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!" 

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu.
Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas.
Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis. 

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini.
Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!" 

Mak marah mereka buat begitu pada abang.
Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang.
Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis..
di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang. 

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami.
Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. 

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis,
mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu.
Mak tak mahu orang luar lihat.
Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi.
Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum. 

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!"
Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat,
genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas... 

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini.
Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang:
"Tenanglah abang disana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang.

Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!" 
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya.
Mengapa mak tidak menangis? 

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. 

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan.
Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. 

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang.
Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang. 

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya,
sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu. 

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang.
Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang.
Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. 

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang.
Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat.
Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. 

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang...

mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. 
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan,
anak bongsu daripada lima beradik.
Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung...
termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit.
Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan,
dan ada antara pembedahan gagal,
malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut.

Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia,
namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah...
dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

innalillahi wa inna ilai rajiun.

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Yang Populer di Dedi Aryadi Al-Jazairi

...organise your mac ★★★★★ 10 Keyboard Shortcuts for Text 10 Quick Mac Tips 10.6 10.7 10.8 10.9 9 to 5 Mac A-Z Glossery - iPhone App Abdullah bin Muhammad As Salafi About Abu ‘Abdil Muhsin bin ‘Abidin as-Soronji Abu Qatadah Accounting Adab Adab Dan Perilaku Administrasi Siistem dan Jaringan Administrasi Staff adsense Ahli Hadits Ahmad Saud AirPlay Akuntan Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta Al-Quran Amalan Sunnah Anak Anak Muslim Anak Serta Orang Tuanya android Anonymous Anti Virus Apoteker App App Store - News Apple Apple Downloads Apple Gazette Apple Keynotes Apple Matters Apple Pro Apple Support Communities Apple Support Tips Apple Updates apple.stackexchange.com AppleInsider Applelinks AppleNews AppleTV Application Tips applications Apps A-Z Apps Apps Apps Apps on Mac Apps on Mac - Dashboard Widget AppShopper AppShopper.com Aqeedah Aqidah Arab Saudi Arab Saudi' Karawang Artikel ASC Asteroid ATMac Audio Audio dan Video Automator Baby Sitter Bahasa Arab Balikpapan Bandung Bandung Barat Bangkalan Banjarnegara Banking Banten Bantul Banyumas Banyuwangi Batam Batang BBM Beasiswa Pelajar Beby Sitter Bekasi Berita Biaya Gratis Bidah Bidan BindApple Biografi blackberry Blitar Blogger Blogs + Forums Widgets Blora Bogor Bojonegoro Bondowoso Boot Camp Bored of your Mac? Boyolali Brebes Browser Brunei BUMN Business Widgets Calculate + Convert Cataloguer Cerita Cerita Pengajaran Changing the background Check external devices Check spelling and grammar Checker Cheff Cianjur Cibitung Cikarang Cilacap Cilegon Cilengsi Cimahi Cinta Cirebon Cleaning Service Clear Versions History + Auto-Save Cache Data Collect RSS feed URLS from Mail compiz conky Create Ringtones in iTunes Crew CS Cult of Mac Customise your desktop + screen saver Customizing Customizing Your Mac Cydia D3 Daily Tips and Tricks Dajjal Dasar Bermain Backtrack Dashboard Dashboard - Tips+Tricks Dashboard Guidelines Dashboard Widget Dashboard Widgets DashboardCandy DashboardClocks DashboardSearch DashboardWidgets.com Dashcode Delta Silikon Demak Depok Desain Grafis Desktop Desktop Computers Developer Forum Developer News Developer Tips Developer Tools Developer Widgets Development Tools digg Disable restored windows when re-opening specific apps Discussions Disnaker Display a login banner Display a short message Display system stats DKI Jakarta Doa dan Dzikir Dock Does your Mac qualify for free 10.8 upgrade? Download Downloads DR.Muhammad Nur Ihsan Driver Dual Boot OS X 10.7 Lion + OS X 10.8 Mountain Lion Easy Mac Tips Ebook EJIP Email Email + Messaging Widgets Energi Essential Exploitation Tools Extract and Save Mac Application Icons Falsafah Perang ala Sun Tze FAQ Farmasi Fatwa-Fatwa Fatwa-Ulama Financial Services Find a MAC Address in Mac OS X Find iMessage Users + Contacts Finder Fiqh Fiqh Ibadah Fiqh Kontemporer Fiqh Mu'amalah Fiqih Firoq Folders Food Widgets Forensics Formal Free Apps Freeware Furniture games Games Widgets Garut Gas Gatekeeper Get a Homepage - Mac OS X Style Get iTunes track notifications in your Dock Get Mac News Get More Mac and iOS Tips Get quick information with widgets Get RSS Menu Extension for Safari 6 Get Windows Live Hotmail with Mail Get Yahoo Mail with Mail gnome google Google News Gresik Grobogan gSearch - iPhone App Guide Gunung Kidul Guru Hacking Hackint0sh hackintosh Hacks Hadis Hadist Hadits Haji Hartono Jaiz Hasil Seniku Helper Hidden Features Hidden Features in OS X 10.8 Mountain Lion Hong Kong Hongkiat Hotmail How To How to disable the Java web plug-in HRD Ibn Kathir iCal iClarified iCloud iCloud + MobileMe iCloud News iCloud system requirements icon Icon Icons Icons + Screensavers iDesign - iPhone Wallpaper Ied iHackintosh iLife iLife 11 iLife Discussions - GarageBand iLife Discussions - iDVD iLife Discussions - iMovie iLife Discussions - iPhoto iLife Discussions - iTunes iLife Discussions - iWeb iLife News iLife Support Ilmu image Image Capture Imam Imam Abu Hanifah Imam Ghazali Imam Hanbali Iman iMovie Indramayu Info Info CPNS Informal Information Gathering Information Widgets InsanelyMac install driver install kernel install kernel lowlatency install software Install Windows 8 on a Mac Installation International Widgets Internet Internet and Chat Investment Banking iOS 4 iOS Developer News iOS Support iPad iPad - News iPad Support iPhone iPhone - News iPhone 4 iPhone App iPhone SDK iPhone Support iPhone Tips and Tricks iPhoto iPod iPod - News iPod News iPod Support iPod Tips and Tricks - iPhone App iPod touch Irhab iscsi Islam Istri Nabi IT IT Industry Today iTunes iTunes - Latest Movie Trailers iTunes - News iTunes - Top News iTunes App Store iTunes App Store - All New Applications iTunes News iWork Jababeka Jakarta Jaringan Komputer java Java Runtime Environment Jawa Barat Jawa Tengah Jawa Timur Jember Jepara Jlainnya Job Baru job baru brunei Job Baru Malaysia Job Baru Taiwan Job Kontruksi Job Kontruksi Taiwan Jombang Jurnalis Just Added Just Added - iPhone Apps Just Added Downloads Just For Fun Widgets Kalsel Kaltim Karanganyar Karawang Kasir Kata Pengantar Keamanan Komputer Kebumen Kecantikan Kediri Kedokteran Kendal Keputusan Presiden Kerja Kantoran Kesalahan Dalam Solat Kesehatan kext Key Combos Keyboard Shortcuts Keynote Address KIIC Kisah Tauladan Klainnya Klaten Komputer Komuniti Islam Kontruksi Kristologi Kudus Kuliah Kulon Progo Kuningan Kurir Lagu Musik dan Permainan Laki-laki Lamongan Lampung Langsung Launchpad for Mac OS X Snow Leopard Lebak Links Linux Lion Listrik. Logistik Loker Astra LOker Pabrik Lowongan Kerja Lowongan Kerja Guru/Pengajar Lowongan Kerja Pertambangan Lowongan Kerja Rumah Sakit Lowongan Kerja SPG Lowongan Kontruksi Lowongan Kontruksi Taiwan Lowongan Pekerjaan Lumajang Mac Mac 101 Mac 101 - Get One on One with your Mac... Mac App Store Mac App Store - Business Mac App Store - Developer Tools Mac App Store - Education Mac App Store - Entertainment Mac App Store - Finance Mac App Store - Games Mac App Store - Graphics + Design Mac App Store - Health + Fitness Mac App Store - Lifestyle Mac App Store - Medical Mac App Store - Music Mac App Store - News Mac App Store - Photography Mac App Store - Productivity Mac App Store - Reference Mac App Store - Social Networking Mac App Store - Sports Mac App Store - Top 50 Mac Apps Mac App Store - Travel Mac App Store - Utilities Mac App Store - Video Mac App Store - Weather Mac Developer Tips Mac OS X Mac OS X 10.6 Mac OS X 10.7 Lion Mac OS X 10.8 Mountain Lion Mac OS X Applications Mac OS X Things Mac OS X Tips Mac OS X Tips - News Mac OSX Hints Mac OSX Hints - News Mac Quick Tips Mac Support Mac Tip of the Day Mac Tips Mac Tips and Tricks Mac Tips and Tricks - Desktop App Mac Tips Daily Mac|Life Mac101 Mac360 MacApp MacApper MacApps MacFixIt MacintoshOS.com Maciverse MacLion MacNews MacNN MacOSXAudio.com macosxtips.co.uk MacRumors MacSupport MacTech MacTips MacUpdate MacUpdate.com MacVideos MacWidgets Macworld.com - iPhone App Reviews Madiun magazines Magelang Magetan Mahasiswa Mail Maintenance Majalengka Makanan Makna Niat Makrifatullah Malang Malaysia Manager Manajemen Proyek ManiacDev Manufacturing Marketing Masakan Masalah Agama Masalah Rumah Tangga Medis Mekanik Mengenang Ilahi MInyak MM 2100 Mobile MobileMe News ModMyi.com Mojokerto Most Recent Movies + TV Widgets Mualamat Dan Riba Muhammad Thaha Al junayd MUI Mujahideen And Mujahidah Mukjizat Murotal Al-Quran Music Widgets Muslimah Nasehat Nasihat Nasyeed Navigating + Selecting Text in Mac OS X Negara Brunei Negara Canada Negara Taiwan Network Networking + Security Widgets New Application Tips New iPhone Apps news News on Mac News Widgets Nganjuk Ngawi nokia Notification Center Notification Center Tips OB office 2013 Office Boy Oil onemac.net onemac.org Open source OpenDashboard operating system Operator Operator Produksi Organize Your Dock OS OS X OS X - FAQ OS X 10.5 to 10.8 Upgrade OS X 10.7 OS X 10.8 Mountain Lion OS X Basics OS X Daily OS X Lion OS X Mac Tips + Tricks OS X Mavericks OS X Mavericks Tips OS X Mountain Lion OS X Mountain Lion - News OS X Mountain Lion Hompage OS X Mountain Lion Installation Guides OS X Snow Leopard OSX OSX Basics Other OS Pabrik Pacitan Pages Palembang Pamekasan Pandeglang Pangandaran Para Nabi Pasuruan Pati PC Pekalongan Pengumuman Penjaga Orang Jompo Perawat Perawat Panti Jompo Pernikahan Pertambangan & Logam Perusahaan Periklanan Pesanan PJTKI PJTKI Sragen PJTKI Pemalang PJTKI Rembang PJTKI Semarang PJTKI Sukoharjo PJTKI Tegal PLN Podcast Widgets Polisi Khusus Kereta Api Ponorogo Pontianak Portable Computers Ports and Connectors Pos Preambule Preferences Press Release Preview Pria Pro Tip Probolinggo Prof dr. M.M Al-A'Zami proxy PRT Puasa Public Relation Purbalingga Purwakarta Purwodadi Purwokerto Purworejo Putra-Putri Nabi QC Qurban racing Radio + Podcasts Widgets radio islam Rampant Mac - iPhone Wallpapers Rasulullah s.a.w. Remaja Dan Cinta Remote Folder and Synchronization Remove Dock Icons in OS X Mountain Lion Rename Files and Folders Renungan Reporting Tools Resepsionis Reset specific parts of Safari Restart an external device Restoran Riyadhus Shalihin RSS Ruang Keinsafan Rumaha Sakit Rynoedin S1 Safari Safari 5.1 Safari 6 Sahabat Sains dan Al-Quran Salam Redaksi Salatiga Sales Sales Manager Salon Samarinda Sampang Scheduled Startup and Shutdown ScreenCast Online SD and SDXC card slot FAQ Search Widgets Security Sekeretaris Semarang Serang Set up iCloud Set Up Storage Devices Shalat Shaum(Puasa) Shopping Widgets shortcut keyboard Sidoarjo Simple Desks Singapura Siri Siri Tips Situbondo situs islam Sleman SMA SMA/K SMK SMP Snow Leopard Snow Leopard Tips Soccer Softonic - Mac Softonic.com Softpedia Softpedia - Tips + Tricks Softpedia.com Software Solat Sunat Solo Speed Up Your Mac SPG/B Stacks Staff Staff Admin Staff Gudang Staff picks Status Widgets Stop Automatically Updates Storage StorePreview Strategi/Perencanaan Konstruksi Stress testing Subang Sukabumi Sumatera Sumatra Sumedang Sumenep Supervisor Support Surabaya Surakarta suriah Switch 101 switchtoamac.com Syaikh Abdul Aziz bin Baz syaikh Abdullah Bin Abdurrahman Al- Jibrin Syaikh Abdur Razzq 'Afifi Syaikh Abu Usamah Salim bin Ied Al-Hilali Syaikh Ali Hasan Al Halabi Syaikh Dr. Muhammad Musa Alu Nashr Syaikh Ibnu katsir Syaikh Khalid al Husainan Syaikh Kholid bin Abdillah al-Mushlih Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan Syamail Muhammadiyyah syiah.buku-buku sesat Syiakh Masyhur Hasan Salman symbian Syncing with iTunes System Configuration System Preferences Taiwan Take advantage of Quick Look Taking Screenshots Tambun Tangerang tarawih Tasikmalaya Taubat Sahabat Islam Kita Tauhid Tazkiyyatun Nufus Tekhnologi Teknik Mesin Teknisi Temanggung Terminal TextEdit The Apple Blog The Apple Core The Mac Observer The Mac Screencast Guy The MacTips Podcast Theme themes Themes thinkmac.net Time Machine Tip of the Day Tips Tips + Tricks Tips and Support Tips and Trick Tips and Tricks tips ubuntu Tips+Tricks TKI Tki/TKW Sukses TKW tool Top 10 Grossing Apps Top 25 Grossing Apps Top 50 Grossing Apps Top iTunes Tips Top Mac Tips Top10 Mac Tips Top10 Paid Apps Top10 Widgets Top50 Dashboard Widgets TopApps Translates Transportation Travel Widgets Trenggalek tricks TUAW Tuban Tulungagung Tutorial Tutorials tweak Ulama Unix Updates Updating USB 3 devices on Mac - FAQ Use Smart Folders effectively Useful iPhone Shortcuts Ustadz Abdul Hakim Bin Amir Abdat Ustadz Abdullah Taslim Ustadz Abdurrahman bin Abdul Karim At-Tamimi Ustadz Abdurrahman Thayyib Ustadz Abu Abdillah al-Atsari Ustadz Abu Ishaq Muslim Al-Atsari Ustadz Badrussalam Ustadz Firanda Ustadz Hamzah Rifa’i Ustadz Khoilid Abdus Shomad Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas Ustadz Zainal Abidin Syamsudin utilities VersionTracker Video Videos Vulnerability Assessment Waiter Waitress wallpaper Wallpaper Doa Wanita Want More Mac Tips ? Warehouse Warisan Wartawan Wates Web Apps web Developer Web Programmer WebApps Webcam Widgets wep cracker whatsapp Which Mac is Worth Your Investment? widget Widgets Windows windows 7 windows 8 windows xp wireless Wonogiri Wonosari Wonosobo Wudhu www.freemacware.com Yahoo Yogyakarta youtube YouTube Videos Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA Zakat ZDNet  Navigation Mac