Sunday, January 1, 2012

Mengapa Membenci Wanita??


Mengapa Membenci Wanita??


﴿﷽﴾

In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

……………………………………………………………………………………

“Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalah, wa ashadu ‘anna Muhammad ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.”

“Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hambaNya dan RasulNya.”
Jazakallahu khoiron katsiron saya ucapkan kepada semua pembaca setia blog Dedi Aryadi Al-Jazairi ataupun nama lainnya Aku Cintakan Islam ini. Alhamdulillah, kepada Allah saya panjatkan doa agar para pembaca rahimahullah mendapat perlindungan dan hidayah Allah, serta dikuatkan pada tali ini(Islam).
Yang ingin saya kedepankan di sini adalah mengenai “Mengapa Membenci Wanita?” 

Saya yakin, ada di antara anda(para mu’minin) membenci wanita. Dan, saya cuba mencari maklumat-maklumat mengenai masalah ini, namun menghampakan kerana sedikit sekali. Jadi, dengan Izin Allahu Akbar kali ini, saya sendiri akan cuba menyelesaikan masalah ini, dengan Izin Allah Insha-Allah, dengan bantuan dalil-dalil kukuh dan hadis-hadis Rasulullah . Akan dibincangkan juga perihal-perihal lain mengenai lelaki dan wanita, suami serta isteri, Insha-Allah.
……………………………………………………………………………………………

وَعَاشِرُوۡہُنَّ بِالْمَعْرُوۡفِ...
“…Bergaullah dengan mereka secara patut…”
[An-Nisa’ : 19]

وَلَنۡ تَسْتَطِیۡعُوۡۤا اَنۡ تَعْدِلُوۡا بَیۡنَ النِّسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلَا تَمِیۡلُوۡا کُلَّ الْمَیۡلِ فَتَذَرُوۡہَا کَالْمُعَلَّقَۃِ ؕ وَ اِنۡ تُصْلِحُوۡا وَتَتَّقُوۡا فَاِنَّ اللہَ کَانَ غَفُوۡرًا رَّحِیۡمًا ﴿۱۲۹﴾
“Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri (mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian. Kerana itu, janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai) sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan) , maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.”
[An-Nisa’ : 129]

………………………………………………………………………………………

Para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, kepada yang sudah bersuami terutamanya, Allah Maha Kuasa berfirman : {“…Bergaullah dengan mereka secara patut… } yakni, anda mestilah menggauli isteri-isteri anda dengan cara yang patut. Adapun isteri anda Nusyuz, maka akan saya terangkan sebentar lagi dalam bab Nusyuz. Walaupun begitu, bukan sahaja ada sebahagian lelaki sudah berkahwin membenci wanita, namun yang belum kahwin juga sama. Mungkin kerana beberapa faktor seperti trauma atau sebagainya. Saudara saudari rahimahullah, bukankah wanita juga ciptaan Allah? Dan bukankah mereka itu dicipta daripada tulang rusuk kirimu?

Dari Abu Hurairah ؓ , dia berkata : Rasulullah bersabda :

“Janganlah seorang mukmin itu membenci seorang mukminah, sebab jika ia tidak senang dari wanita itu dari perangainya, tentunya ia akan merasa senang dari perangainya yang lain, atau beliau bersabda : ‘Dari budi pekerti yang selain dibencinya.’.”
[HR. Muslim (1469]

Berdasarkan hadis yang mulia di atas, keterangannya oleh Imam An-Nawawi dalam Riyadhus Salihin nya: Dalam Bahasa Arab dikatakan “Wanita itu membenci lelaki dan suaminya membenci isterinya.” Wallahu alam. Maknanya di sini, anda, sama ada Mukminin ataupun Mukminat, maka anda dilarang untuk sama sekali membenci satu sama lain. Nabi melarang anda. Kerana sekiranya katakan anda benci wanita itu kerana dia nakal, mungkin sahaja anda meminatinya dari segi lain, sama ada memasak ataupun lain wallahu alam. Dan kepada wanita, sekiranya anda benci lelaki dari satu hal seperti tidak tahu menjahit atau kuat berleter wallahu alam, mungkin anda sukainya kerana dia pintar, kacak atau sebagainya. Sayangilah antara mukminin sesama mukminat, kerana seandainya ada kebencian di dalam hati anda, nescaya Allah dapat melihatnya.

Apakah anda membenci wanita kerana putus cinta? Janganlah anda bersedih. Mungkin anda tidak nampak kenapa Allah hilangkan dia di hati anda, tapi Allah itu Maha Bijaksana. Dia tahu apa Dia mahu buat untuk hambaNya. Saya beri contoh, seandainya anda dipisahkan daripada isteri anda, anda berasa sedih dan kecewa, hingga sanggup bunuh diri. Namun, setelah beberapa tahun, anda dapat tahu bahawa isteri anda selama ini melanggar perintah Allah, berbuat maksiat kepada Allah(melakukan kemungkaran), maka, Allah buka mata anda sebesarnya untuk saksikan kebenaran. Dan Allah jodohkan kamu dengan isteri yang solehah yang pada mulanya anda sangat membenci dia. Akhirnya, kasih sayang mula bersemai.


Wanita Solehah Sebaik-Baik Kesenangan Dunia

Dari Abdullah Ibn ‘Amr Ibn al-‘Ash ؓ bahawa Rasulullah bersabda :
“Dunia itu adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita salihah.”
[HR. Abu Dawud(2146), Ibnu Majjah(1985). Hadis ini disahihkan oleh al-Albani dalam Sahih Jami’(5137)]

Rasulullah bersabda {sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita salihah }. Kenapa Rasulullah bersabda begini?  Tahukah anda bahawa wanita solehah itu akan menjadi isteri yang sangat-sangat setia pada suami? Mereka menjaga makan minum anda, mereka menjaga pakaian anda, mereka memberikan anda anak-anak dan mereka menjaga anak-anak itu.

Bukankah ini hadiah terbaik Allah berikan di dunia ini? Malah isteri solehah turut akan membawa anda ke syurga, Insha-Allah. Namun, saya yakin, anda para mukminin mahukan isteri-isteri solehah, begitu juga saya kerana saya juga lelaki, namun, jika kamu mahukan wanita solehah, anda juga perlu jadi soleh. Kerana, wanita juga menyukai lelaki soleh. Maka, sama-sama kita berusaha meraih cinta yang suci dahulu, iaitu cinta kepada Allah, Yang Menciptakan kamu.



Para Bidadari Memanggil Suami Yang Disakiti Isterinya

Dari Mu’adz Ibn Jabal dari Rasulullah, beliau bersabda :
“Tidaklah seorang isteri menyakiti suaminya di dunia melainkan isteri (pasangannya) dari bidadari bermata indah berkata : ‘Janganlah kamu menyakitinya, semoga kau dimusuhi Allah. Sesungguhnya, ia di dunia sebagai tamu bagimu (sementara), tidak lama lagi akan berpisah darimu untuk menemui kami.”
[HR Tirmidzi (1174), dan ia berkata ini hadis Hasan Gharib. Hadis ini didhaifkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dhaif al-Jami’ (534) ]

Kepada para isteri yang sering menyakiti suami, mungkin di dunia ini anda cukup cantik, namun setelah kamu menyakiti suamimu, para bidadari milik suamimu di Syurga kelak, yang suamimu sabar dengan perangaimu, maka bidadari itu memanggil-manggil suami kamu. Mereka memarahi kamu menyakiti suami mereka(pasangan mereka) dan mereka berdoa agar anda iaitu isteri yang menyakiti suami agar dimusuhi Allah. Dan tahukah kamu bagaimana bidadari itu? Mereka bermata hitam bulat lagi cantik, dan mereka memakai haruman syurga. Dan semakin hari semakin cantik, dan tidak akan tua. Tidakkah kamu cemburu suamimu mendapat pasangan secantik itu? Maka janganlah kamu menyakiti mereka. Seandainya Allah Maha Kuasa menurunkan azab buatmu, maka tidak ada yang dapat menghalangnya sekalipun Jibriel. Bertaubatlah anda, malulah pada Allah atas dosamu selama ini. Kita sama-sama manusia, sering melakukan kesilapan, maka, sentiasalah bertaubat memohon redhaNya, jadilah isteri yang beriman buat suami.

Lelaki Beriman Dan Wanita Beriman Adalah Saling Membantu

Allah Maha Kuasa berfirman : { Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian dari mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah daripada yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Perkasa, Lagi Maha Bijaksana. }[At-Taubah : 71].

Anda para lelaki dan wanita beriman adalah saling membantu, kalian mengajak yang makruf dan melarang yang mungkar. Mengajak kepada solat, zakat dan sebagainya. Maka itu, Allah Merahmati kamu semua. Namun, jika anda saling membenci, maka Allah tidak akan merahmati kamu. Oleh itu, anda perlulah saling menyayangi antara muslimin dan muslimah. Anda telah berpegang pada tali Allah(Islam) yang Allah redhai. Dan tiada agama lain yang Allah redhai selain Islam ini. Seandainya para mukminin tersilap langkah, anda para mukminat boleh mengingatkan kami. Seandainya anda para mukminat tersilap langkah, kami para mukminin akan mengingatkan anda. Insha-Allah, Allah akan merahmati kita, dan mengurniakan kita keredhaanNya. Ameen.

Nusyuz

Mungkin anda tidak tahu perkataan ini, mungkin sebahagian daripada anda Nusyuz, mungkin tidak, Allah Tahu Yang Sebaiknya! Namun, apakah Nusyuz ini?
Allah Maha Kuasa berfirman : { Perempuan-perempuan yang kamu khuatir akan nusyuz, hendaklah kamu nasihatkan mereka, (jika mereka masih berdegil) pisahkan mereka dari tempat tidur, dan (kalau masih berdegil) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari alasan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, Lagi Maha Besar. }[An-Nisa’ :34].

Nusyuz maksudnya adalah meninggalkan kewajipan sebagai isteri terhadap suami, seperti meninggalkan rumah tanpa izin suami atau membawa lelaki yang bukan mahram atau mahram ke rumah suami tanpa izin suami dan lain-lain. Di sini, Allah memberi kuasa kepada suami untuk melakukan tindakan terhadap mereka, iaitu mengikut tiga peringkat :

1.      1. Nasihati mereka
2.      2. Jika berdegil, pisahkan mereka dari katil(jangan tidur sekatil dengan mereka)
3.      3. Jika berdegil lagi, maka pukullah mereka dengan pukulan tidak berbekas.

Janganlah setelah isteri kamu mentaati kamu, kamu memukulnya lagi, berdasarkah firman Allah : {Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari alas an untuk menyusahkannya.}
Namun begitu, bukan sahaja ada wanita yang nusyuz, malah ada juga lelaki yang nusyuz, iaitu suami yang lari daripada tanggungjawabnya sebagai suami kepada isterinya.

Allah Maha Besar berfirman : {Dan jika seorang perempuan khuatir suaminya akan nusyuz atau bersikap acuh tidak acuh, maka keduanya dapat melakukan perdamaian yang sebenarnya, dan perdamaian itu lebih baik (bagi mereka), walaupun manusia itu menurut tabiatnya kikir. Dan jika kamu perbaiki (pergaulan bersama isterimu) dan memelihara dirimu (daripada nusyuz dan sikap acuh tidak acuh), maka sesungguhnya Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.}[An-Nisa’ : 128]

Firman Allah iaitu {melakukan perdamaian yang sebenarnya,} adalah seperti isteri sedia mengurangkan beberapa haknya, asalkan suaminya kembali kepadanya. Contohnya, isteri tidak terlampau meminta-minta kepada suaminya kerana tidak mahu suaminya kehabisan duit, walaupun isteri ada hak meminta wang daripada suaminya, hanya kerana dia mahukan suaminya pulang kepangkuannya semula. Wallahu alam.

Saya juga tidak faham mengapa para lelaki dan perempuan saling membenci antara satu sama lain. Ada memberi alasan kerana kegedikan, kerana cemburu dan lain-lain. Sedarlah, selagi anda di dunia ini, dan anda bergelar mukminin atau mukminat, maka kewajipan anda adalah membantu satu sama lain dalam meraih cinta Allah. Dan apakah anda tidak tahu, bahawa setiap yang beriman pasti akan diuji Allah?





Saya juga tidak faham mengapa para lelaki dan perempuan saling membenci antara satu sama lain. Ada memberi alasan kerana kegedikan, kerana cemburu dan lain-lain. Sedarlah, selagi anda di dunia ini, dan anda bergelar mukminin atau mukminat, maka kewajipan anda adalah membantu satu sama lain dalam meraih cinta Allah. Dan apakah anda tidak tahu, bahawa setiap yang beriman pasti akan diuji Allah?

 اَحَسِبَ النَّاسُ اَنۡ یُّتْرَکُوۡۤا اَنۡ یَّقُوۡلُوۡۤا اٰمَنَّا وَہُمْ لَا یُفْتَنُوۡنَ ﴿۲﴾
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “Kami beriman”, dan mereka tidak diuji?”

[Al-Ankabut : 2]

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Yang Populer di Dedi Aryadi Al-Jazairi

...organise your mac ★★★★★ 10 Keyboard Shortcuts for Text 10 Quick Mac Tips 10.6 10.7 10.8 10.9 9 to 5 Mac A-Z Glossery - iPhone App Abdullah bin Muhammad As Salafi About Abu ‘Abdil Muhsin bin ‘Abidin as-Soronji Abu Qatadah Accounting Adab Adab Dan Perilaku Administrasi Siistem dan Jaringan Administrasi Staff adsense Ahli Hadits Ahmad Saud AirPlay Akuntan Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta Al-Quran Amalan Sunnah Anak Anak Muslim Anak Serta Orang Tuanya android Anonymous Anti Virus Apoteker App App Store - News Apple Apple Downloads Apple Gazette Apple Keynotes Apple Matters Apple Pro Apple Support Communities Apple Support Tips Apple Updates apple.stackexchange.com AppleInsider Applelinks AppleNews AppleTV Application Tips applications Apps A-Z Apps Apps Apps Apps on Mac Apps on Mac - Dashboard Widget AppShopper AppShopper.com Aqeedah Aqidah Arab Saudi Arab Saudi' Karawang Artikel ASC Asteroid ATMac Audio Audio dan Video Automator Baby Sitter Bahasa Arab Balikpapan Bandung Bandung Barat Bangkalan Banjarnegara Banking Banten Bantul Banyumas Banyuwangi Batam Batang BBM Beasiswa Pelajar Beby Sitter Bekasi Berita Biaya Gratis Bidah Bidan BindApple Biografi blackberry Blitar Blogger Blogs + Forums Widgets Blora Bogor Bojonegoro Bondowoso Boot Camp Bored of your Mac? Boyolali Brebes Browser Brunei BUMN Business Widgets Calculate + Convert Cataloguer Cerita Cerita Pengajaran Changing the background Check external devices Check spelling and grammar Checker Cheff Cianjur Cibitung Cikarang Cilacap Cilegon Cilengsi Cimahi Cinta Cirebon Cleaning Service Clear Versions History + Auto-Save Cache Data Collect RSS feed URLS from Mail compiz conky Create Ringtones in iTunes Crew CS Cult of Mac Customise your desktop + screen saver Customizing Customizing Your Mac Cydia D3 Daily Tips and Tricks Dajjal Dasar Bermain Backtrack Dashboard Dashboard - Tips+Tricks Dashboard Guidelines Dashboard Widget Dashboard Widgets DashboardCandy DashboardClocks DashboardSearch DashboardWidgets.com Dashcode Delta Silikon Demak Depok Desain Grafis Desktop Desktop Computers Developer Forum Developer News Developer Tips Developer Tools Developer Widgets Development Tools digg Disable restored windows when re-opening specific apps Discussions Disnaker Display a login banner Display a short message Display system stats DKI Jakarta Doa dan Dzikir Dock Does your Mac qualify for free 10.8 upgrade? Download Downloads DR.Muhammad Nur Ihsan Driver Dual Boot OS X 10.7 Lion + OS X 10.8 Mountain Lion Easy Mac Tips Ebook EJIP Email Email + Messaging Widgets Energi Essential Exploitation Tools Extract and Save Mac Application Icons Falsafah Perang ala Sun Tze FAQ Farmasi Fatwa-Fatwa Fatwa-Ulama Financial Services Find a MAC Address in Mac OS X Find iMessage Users + Contacts Finder Fiqh Fiqh Ibadah Fiqh Kontemporer Fiqh Mu'amalah Fiqih Firoq Folders Food Widgets Forensics Formal Free Apps Freeware Furniture games Games Widgets Garut Gas Gatekeeper Get a Homepage - Mac OS X Style Get iTunes track notifications in your Dock Get Mac News Get More Mac and iOS Tips Get quick information with widgets Get RSS Menu Extension for Safari 6 Get Windows Live Hotmail with Mail Get Yahoo Mail with Mail gnome google Google News Gresik Grobogan gSearch - iPhone App Guide Gunung Kidul Guru Hacking Hackint0sh hackintosh Hacks Hadis Hadist Hadits Haji Hartono Jaiz Hasil Seniku Helper Hidden Features Hidden Features in OS X 10.8 Mountain Lion Hong Kong Hongkiat Hotmail How To How to disable the Java web plug-in HRD Ibn Kathir iCal iClarified iCloud iCloud + MobileMe iCloud News iCloud system requirements icon Icon Icons Icons + Screensavers iDesign - iPhone Wallpaper Ied iHackintosh iLife iLife 11 iLife Discussions - GarageBand iLife Discussions - iDVD iLife Discussions - iMovie iLife Discussions - iPhoto iLife Discussions - iTunes iLife Discussions - iWeb iLife News iLife Support Ilmu image Image Capture Imam Imam Abu Hanifah Imam Ghazali Imam Hanbali Iman iMovie Indramayu Info Info CPNS Informal Information Gathering Information Widgets InsanelyMac install driver install kernel install kernel lowlatency install software Install Windows 8 on a Mac Installation International Widgets Internet Internet and Chat Investment Banking iOS 4 iOS Developer News iOS Support iPad iPad - News iPad Support iPhone iPhone - News iPhone 4 iPhone App iPhone SDK iPhone Support iPhone Tips and Tricks iPhoto iPod iPod - News iPod News iPod Support iPod Tips and Tricks - iPhone App iPod touch Irhab iscsi Islam Istri Nabi IT IT Industry Today iTunes iTunes - Latest Movie Trailers iTunes - News iTunes - Top News iTunes App Store iTunes App Store - All New Applications iTunes News iWork Jababeka Jakarta Jaringan Komputer java Java Runtime Environment Jawa Barat Jawa Tengah Jawa Timur Jember Jepara Jlainnya Job Baru job baru brunei Job Baru Malaysia Job Baru Taiwan Job Kontruksi Job Kontruksi Taiwan Jombang Jurnalis Just Added Just Added - iPhone Apps Just Added Downloads Just For Fun Widgets Kalsel Kaltim Karanganyar Karawang Kasir Kata Pengantar Keamanan Komputer Kebumen Kecantikan Kediri Kedokteran Kendal Keputusan Presiden Kerja Kantoran Kesalahan Dalam Solat Kesehatan kext Key Combos Keyboard Shortcuts Keynote Address KIIC Kisah Tauladan Klainnya Klaten Komputer Komuniti Islam Kontruksi Kristologi Kudus Kuliah Kulon Progo Kuningan Kurir Lagu Musik dan Permainan Laki-laki Lamongan Lampung Langsung Launchpad for Mac OS X Snow Leopard Lebak Links Linux Lion Listrik. Logistik Loker Astra LOker Pabrik Lowongan Kerja Lowongan Kerja Guru/Pengajar Lowongan Kerja Pertambangan Lowongan Kerja Rumah Sakit Lowongan Kerja SPG Lowongan Kontruksi Lowongan Kontruksi Taiwan Lowongan Pekerjaan Lumajang Mac Mac 101 Mac 101 - Get One on One with your Mac... Mac App Store Mac App Store - Business Mac App Store - Developer Tools Mac App Store - Education Mac App Store - Entertainment Mac App Store - Finance Mac App Store - Games Mac App Store - Graphics + Design Mac App Store - Health + Fitness Mac App Store - Lifestyle Mac App Store - Medical Mac App Store - Music Mac App Store - News Mac App Store - Photography Mac App Store - Productivity Mac App Store - Reference Mac App Store - Social Networking Mac App Store - Sports Mac App Store - Top 50 Mac Apps Mac App Store - Travel Mac App Store - Utilities Mac App Store - Video Mac App Store - Weather Mac Developer Tips Mac OS X Mac OS X 10.6 Mac OS X 10.7 Lion Mac OS X 10.8 Mountain Lion Mac OS X Applications Mac OS X Things Mac OS X Tips Mac OS X Tips - News Mac OSX Hints Mac OSX Hints - News Mac Quick Tips Mac Support Mac Tip of the Day Mac Tips Mac Tips and Tricks Mac Tips and Tricks - Desktop App Mac Tips Daily Mac|Life Mac101 Mac360 MacApp MacApper MacApps MacFixIt MacintoshOS.com Maciverse MacLion MacNews MacNN MacOSXAudio.com macosxtips.co.uk MacRumors MacSupport MacTech MacTips MacUpdate MacUpdate.com MacVideos MacWidgets Macworld.com - iPhone App Reviews Madiun magazines Magelang Magetan Mahasiswa Mail Maintenance Majalengka Makanan Makna Niat Makrifatullah Malang Malaysia Manager Manajemen Proyek ManiacDev Manufacturing Marketing Masakan Masalah Agama Masalah Rumah Tangga Medis Mekanik Mengenang Ilahi MInyak MM 2100 Mobile MobileMe News ModMyi.com Mojokerto Most Recent Movies + TV Widgets Mualamat Dan Riba Muhammad Thaha Al junayd MUI Mujahideen And Mujahidah Mukjizat Murotal Al-Quran Music Widgets Muslimah Nasehat Nasihat Nasyeed Navigating + Selecting Text in Mac OS X Negara Brunei Negara Canada Negara Taiwan Network Networking + Security Widgets New Application Tips New iPhone Apps news News on Mac News Widgets Nganjuk Ngawi nokia Notification Center Notification Center Tips OB office 2013 Office Boy Oil onemac.net onemac.org Open source OpenDashboard operating system Operator Operator Produksi Organize Your Dock OS OS X OS X - FAQ OS X 10.5 to 10.8 Upgrade OS X 10.7 OS X 10.8 Mountain Lion OS X Basics OS X Daily OS X Lion OS X Mac Tips + Tricks OS X Mavericks OS X Mavericks Tips OS X Mountain Lion OS X Mountain Lion - News OS X Mountain Lion Hompage OS X Mountain Lion Installation Guides OS X Snow Leopard OSX OSX Basics Other OS Pabrik Pacitan Pages Palembang Pamekasan Pandeglang Pangandaran Para Nabi Pasuruan Pati PC Pekalongan Pengumuman Penjaga Orang Jompo Perawat Perawat Panti Jompo Pernikahan Pertambangan & Logam Perusahaan Periklanan Pesanan PJTKI PJTKI Sragen PJTKI Pemalang PJTKI Rembang PJTKI Semarang PJTKI Sukoharjo PJTKI Tegal PLN Podcast Widgets Polisi Khusus Kereta Api Ponorogo Pontianak Portable Computers Ports and Connectors Pos Preambule Preferences Press Release Preview Pria Pro Tip Probolinggo Prof dr. M.M Al-A'Zami proxy PRT Puasa Public Relation Purbalingga Purwakarta Purwodadi Purwokerto Purworejo Putra-Putri Nabi QC Qurban racing Radio + Podcasts Widgets radio islam Rampant Mac - iPhone Wallpapers Rasulullah s.a.w. Remaja Dan Cinta Remote Folder and Synchronization Remove Dock Icons in OS X Mountain Lion Rename Files and Folders Renungan Reporting Tools Resepsionis Reset specific parts of Safari Restart an external device Restoran Riyadhus Shalihin RSS Ruang Keinsafan Rumaha Sakit Rynoedin S1 Safari Safari 5.1 Safari 6 Sahabat Sains dan Al-Quran Salam Redaksi Salatiga Sales Sales Manager Salon Samarinda Sampang Scheduled Startup and Shutdown ScreenCast Online SD and SDXC card slot FAQ Search Widgets Security Sekeretaris Semarang Serang Set up iCloud Set Up Storage Devices Shalat Shaum(Puasa) Shopping Widgets shortcut keyboard Sidoarjo Simple Desks Singapura Siri Siri Tips Situbondo situs islam Sleman SMA SMA/K SMK SMP Snow Leopard Snow Leopard Tips Soccer Softonic - Mac Softonic.com Softpedia Softpedia - Tips + Tricks Softpedia.com Software Solat Sunat Solo Speed Up Your Mac SPG/B Stacks Staff Staff Admin Staff Gudang Staff picks Status Widgets Stop Automatically Updates Storage StorePreview Strategi/Perencanaan Konstruksi Stress testing Subang Sukabumi Sumatera Sumatra Sumedang Sumenep Supervisor Support Surabaya Surakarta suriah Switch 101 switchtoamac.com Syaikh Abdul Aziz bin Baz syaikh Abdullah Bin Abdurrahman Al- Jibrin Syaikh Abdur Razzq 'Afifi Syaikh Abu Usamah Salim bin Ied Al-Hilali Syaikh Ali Hasan Al Halabi Syaikh Dr. Muhammad Musa Alu Nashr Syaikh Ibnu katsir Syaikh Khalid al Husainan Syaikh Kholid bin Abdillah al-Mushlih Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan Syamail Muhammadiyyah syiah.buku-buku sesat Syiakh Masyhur Hasan Salman symbian Syncing with iTunes System Configuration System Preferences Taiwan Take advantage of Quick Look Taking Screenshots Tambun Tangerang tarawih Tasikmalaya Taubat Sahabat Islam Kita Tauhid Tazkiyyatun Nufus Tekhnologi Teknik Mesin Teknisi Temanggung Terminal TextEdit The Apple Blog The Apple Core The Mac Observer The Mac Screencast Guy The MacTips Podcast Theme themes Themes thinkmac.net Time Machine Tip of the Day Tips Tips + Tricks Tips and Support Tips and Trick Tips and Tricks tips ubuntu Tips+Tricks TKI Tki/TKW Sukses TKW tool Top 10 Grossing Apps Top 25 Grossing Apps Top 50 Grossing Apps Top iTunes Tips Top Mac Tips Top10 Mac Tips Top10 Paid Apps Top10 Widgets Top50 Dashboard Widgets TopApps Translates Transportation Travel Widgets Trenggalek tricks TUAW Tuban Tulungagung Tutorial Tutorials tweak Ulama Unix Updates Updating USB 3 devices on Mac - FAQ Use Smart Folders effectively Useful iPhone Shortcuts Ustadz Abdul Hakim Bin Amir Abdat Ustadz Abdullah Taslim Ustadz Abdurrahman bin Abdul Karim At-Tamimi Ustadz Abdurrahman Thayyib Ustadz Abu Abdillah al-Atsari Ustadz Abu Ishaq Muslim Al-Atsari Ustadz Badrussalam Ustadz Firanda Ustadz Hamzah Rifa’i Ustadz Khoilid Abdus Shomad Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas Ustadz Zainal Abidin Syamsudin utilities VersionTracker Video Videos Vulnerability Assessment Waiter Waitress wallpaper Wallpaper Doa Wanita Want More Mac Tips ? Warehouse Warisan Wartawan Wates Web Apps web Developer Web Programmer WebApps Webcam Widgets wep cracker whatsapp Which Mac is Worth Your Investment? widget Widgets Windows windows 7 windows 8 windows xp wireless Wonogiri Wonosari Wonosobo Wudhu www.freemacware.com Yahoo Yogyakarta youtube YouTube Videos Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA Zakat ZDNet  Navigation Mac