Friday, June 22, 2012

Jodoh Tidak Datang Bergolek





   Setiap orang mengimpikan bakal pasangan yang pandai menghargai. Sifat mulia ini boleh menjamin keteguhan rumah tangga yang terbina. Malah, pasangan yang memiliki sifat ini boleh dijadikan teman ketika gembira dan juga berduka.


Selain itu, personaliti yang bersederhana, tidak  materialistik, tidak terlalu bermewah-mewah lahir daripada jiwa yang sentiasa redha, mudah menghargai pasangannya.

 Bagaimana Menguruskan Diri untuk Mendekatkan Jodoh?

     1. Fahami emosi dan kerenah wanita.

Seorang lelaki perlu  memahami bahawa wanita dicipta bersama jiwa yang halus dan sensitif. Jiwa sebegitu membolehkannya menjalankan peranan sebagai seorang ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkan anak. Begitu unik ciptaan Tuhan!
   Kerenah perempuan juga berbeza dan perlu difahami agar lelaki mampu bertindak adil dengan perempuan tersebut.
   Perempuan suka mengikut emosi apabila bertindak, berbanding dengan lelaki yang lebih rasional. Perempuan juga berfikir sambil bercakap berbanding lelaki yang kurang bercakap dan diam ketika berfikir.
   Oleh itu, lelaki jangan menuduhmelulu pasangannya kuat berleter atau membebel, sebaliknya tangani masalah itu dengan bijak dan berhikmah.

     2.  Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan pasangan.

Setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. Tiada manusia yang sempurna, melainkan Rasulullah s.a.w yang terpelihara dirinya daripada dosa.
   Oleh sebab itu, elakkan memberi tumpuan pada kelemahan pasangan. Contohnya, apabila pasangan kita tidak pandai bercakap di hadapan orang ramai, cari kebaikan lain dirinya, bukan memandang pada sesuatu kelemahan itu sahaja. Ingatlah, diri kita juga sarat dengan kelemahan dan mungkin kelebihan-kelebihan yang ada pada pasangan boleh membantu menampung kelemahan diri kita.

     3.  Senyuman dan Bahasa Badan

Senyuman yang terukir indah di bibir seorang wanita sangat memberi kesan di hati lelaki. Namun, seorang wanita tidak boleh sembarangan menghadiahkan senyuman kepada lelaki kerana mungkin menjadi racun bahaya kepada lelaki tersebut.
   Senyuman manis  seorang wanita selayaknya hanya untuk lelaki bernama suami. Namun tidak salah bagi seseorang wanita menyemaikan sifat suka senyum dalam dirinya. Senyumlah buat semua saudara Islam sejenisnya.
   Sifat itu akan subur menghiasi diri dan menjadi keistimewaannya, apatah lagi jika ditambah dengan  bahasa badan(body language) yang menarik.
   Hakikatnya, biar semanis mana pun senyuman dan secantik mana pun bahasa badan, seseorang wanita itu hanya kelihatan benar-benar menawan apabila ia lahir daripada hati yang bersih.

     4.  Keserasian atau persamaan

Manusia mudah tertarik dengan orang yang kelihatan serasi dengannya. Seseorang itu serasi apabila dia mempunyai hubungan atau persamaan dengan kita. Contohnya, hubungan atau persamaan dari sudut tahap pengorbanan, keserasian dan keakraban.
   Biasanya, pasangan yang kerap melakukan aktiviti bersama mudah tertawan. Contohnya seperti bergerak dalam parti politik  yang sama, melakukan aktiviti keagamaan bersama, hobi yang  sama dan sebagainya.
   Walaupun banyak perbezaan antara pasangan, namun mereka masih boleh menjadi satu persamaan walaupun dalam satu perkara. Berdasarkan pengalaman dan kajian, terbukti bahawa persaudaraan dan kasih sayang antara manusia tidak tumbuh melainkan dengan adanya persamaan tabiat dan istiadat.
   Oleh itu, tidak hairan jika  kesatuan pemikiran, perasaan, tujuan dan pertimbangan dapat menyatukan dua hati lantaran persamaan antara kedua mereka terlalu ketara.

     5. Bertemu dengan menjaga syariat.

Menjaga syariat yang dimaksudkan contohnya mengajak pasangan datang ke rumah untuk perjumpaan yang melibatkan ramai orang. Pasangan tidak dibolehkan sesekali keluar berduaan tanpa kehadiran mahram bersama.
Bertepatan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
“Apabila keluar berdua-duaan antara lelaki dan wanita, orang ketiganya ialah syaitan.”
[H.R Ahmad]
Pertemuan itu juga perlu atas urusan yang dibenarkan syariat. Perjumpaan tanpa tujuan dan urusan bukan sahaja tidak dibenarkan agama malah menjadi tunas berputiknya nafsu syahwat yang meliar.

    6. Mempamerkan emosi yang sama.

   Si dia pasti mudah memberi kepercayaan kepada kita apabila mendapati kita mempunyai emosi yang sama dengannya. Malah, mungkin dia menganggap kita orang paling memahami emosinya.
   Contohnya apabila dia terlanggar kucing, lalu menunjukkan emosi sedih, kita juga hendaklah menunjukkan emosi sedih dan simpati.

    7. Membantu naikkan semangat.

   Orang mudah menerima semangat dan kata-kata peransang(motivasi) daripada seseorang, akan mudah tertarik dengan orang tersebut. Mungkin orang itu akan menjadi idola atau “guru”nya.
   Seseorang yang gemar memberi semangat dan perangsang memiliki cirri-ciri pasangan yang baik, memahami dan mengambil berat.
   Oleh sebab itu, jika kita mendapati orang yang kita sedang jatuh cinta sedang memerlukan nasihat, motivasi dan perangsang, janganlah berat hati untuk menyambutnya. Namun, batas-batas syariat perlu dititik beratkan.

     8. Lakukan sebanyak mungkin perkara yang pasangan suka.
   
Setiap orang pasti menyukai pasangan yang mempunyai persamaan minat dengannya. Oleh sebab itu, jika kita menyukai seseorang dan benar-benar jatuh cinta terhadapnya, lakukan sebanyak mungkin perkara-perkara yang disukainya selagi mana tidak bertentangan dengan syariat.

   Namun, elakkan sikap hipokrit kerana itu bukan sikap yang dianajurkan dalam Islam. Sebaik-baiknya, cuba memimpin diri  melakukan sesuatu yang baik dari kaca mata syariat dan ikhlas kerana Allah s.w.t, nescayap perkara itu tentu baik di kaca mata manusia.

  Semua perlakuan yang buruk serta sifat mazmumah sudah tentu tidak disukai oleh manusia yang baik. Maka hendaklah kita kikis sebanyak mungkin. Sudah tentu sifat ini juga tidak disukai pasangan  yang baik.

     9. Tindakan serentak yang berulang boleh menarik pasangan.

Seseorang itu mudah tertarik dengan seseorang  yang sering bertindak serentakberulang kali tanpa dirancang. Bagaikan itulah  petanda bahawa mereka akan bersama. Contohnya, si dia senyum kita pun senyum, si dia memakai baju unggu, kita juga memakai baju unggu, si dia mencuci kasut kita juga mencuci kasut, dan sebagainya.
   Kadang-kadang apabila kita sedang memikirkan sesuatu perkara, tiba-tiba si dia terus bertanya perkara yang sama. Bahkan hendak mengambil lauk di dalam mangkuk juga serentak!

    10.  Memuji dengan ikhlas.

   Kadangkala, belaian kata-kata indah melalui pujian ikhlas boleh menambat hati pasangan. Namun, jangan terlalu berlebih-lebihan dalam memuji kerana pujian boleh melalaikan hati pasangan malah boleh menyuburkan sifat riyak dan ujub.
   Berpada-pada dalam memuji dengan niat  untuk menghargai dan menggalakkan agar dia terus mengekalkan sifat-sifatnya yang terpuji. Rasulullah juga tidak kedekut memberi pujiandan memanggil dengan nama-nama penghargaan buat sahabat-sahabat tercinta  seperti “as-Siddiq”, “al-Faruq” dan sebagainya.

11.  Seimbang.

Wanita yang pandai mengurus hidupnya dengan seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, pengurusan masa dan sebagainya menjadi idaman lelaki. Sifat mulia ini penting untuk  disuburkan dalam hidup berkeluarga bagi menguruskan urusan rumah tangga yang menuntut seribu satu tanggungjawab. Wanita yang seimbang mempunyai perancangan hidup yang jelas.

Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. katanya : “Rasulullah s.a.w menepuk bahuku serta bersabda yang maksudnya : “Hendaklah engkau jadi di dunia ini seolah-olah berdagang di negeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan.” Ibn umar r.a berkata : “Jika kamu berada pada waktu petang, janganlah kamu tangguh ke waktu pagi dan jika kamu berada di waktu pagi, janganlah kamu tangguh ke waktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada dalam keadaan sihat sebagai persediaan waktu engkau sakit, dan ketika kau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati”
[H.R. Bukhari]

   ~Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Yang Populer di Dedi Aryadi Al-Jazairi

...organise your mac ★★★★★ 10 Keyboard Shortcuts for Text 10 Quick Mac Tips 10.6 10.7 10.8 10.9 9 to 5 Mac A-Z Glossery - iPhone App Abdullah bin Muhammad As Salafi About Abu ‘Abdil Muhsin bin ‘Abidin as-Soronji Abu Qatadah Accounting Adab Adab Dan Perilaku Administrasi Siistem dan Jaringan Administrasi Staff adsense Ahli Hadits Ahmad Saud AirPlay Akuntan Al-Lajnah Ad-Daimah Lil Buhuts Al-Ilmiah Wal Ifta Al-Quran Amalan Sunnah Anak Anak Muslim Anak Serta Orang Tuanya android Anonymous Anti Virus Apoteker App App Store - News Apple Apple Downloads Apple Gazette Apple Keynotes Apple Matters Apple Pro Apple Support Communities Apple Support Tips Apple Updates apple.stackexchange.com AppleInsider Applelinks AppleNews AppleTV Application Tips applications Apps A-Z Apps Apps Apps Apps on Mac Apps on Mac - Dashboard Widget AppShopper AppShopper.com Aqeedah Aqidah Arab Saudi Arab Saudi' Karawang Artikel ASC Asteroid ATMac Audio Audio dan Video Automator Baby Sitter Bahasa Arab Balikpapan Bandung Bandung Barat Bangkalan Banjarnegara Banking Banten Bantul Banyumas Banyuwangi Batam Batang BBM Beasiswa Pelajar Beby Sitter Bekasi Berita Biaya Gratis Bidah Bidan BindApple Biografi blackberry Blitar Blogger Blogs + Forums Widgets Blora Bogor Bojonegoro Bondowoso Boot Camp Bored of your Mac? Boyolali Brebes Browser Brunei BUMN Business Widgets Calculate + Convert Cataloguer Cerita Cerita Pengajaran Changing the background Check external devices Check spelling and grammar Checker Cheff Cianjur Cibitung Cikarang Cilacap Cilegon Cilengsi Cimahi Cinta Cirebon Cleaning Service Clear Versions History + Auto-Save Cache Data Collect RSS feed URLS from Mail compiz conky Create Ringtones in iTunes Crew CS Cult of Mac Customise your desktop + screen saver Customizing Customizing Your Mac Cydia D3 Daily Tips and Tricks Dajjal Dasar Bermain Backtrack Dashboard Dashboard - Tips+Tricks Dashboard Guidelines Dashboard Widget Dashboard Widgets DashboardCandy DashboardClocks DashboardSearch DashboardWidgets.com Dashcode Delta Silikon Demak Depok Desain Grafis Desktop Desktop Computers Developer Forum Developer News Developer Tips Developer Tools Developer Widgets Development Tools digg Disable restored windows when re-opening specific apps Discussions Disnaker Display a login banner Display a short message Display system stats DKI Jakarta Doa dan Dzikir Dock Does your Mac qualify for free 10.8 upgrade? Download Downloads DR.Muhammad Nur Ihsan Driver Dual Boot OS X 10.7 Lion + OS X 10.8 Mountain Lion Easy Mac Tips Ebook EJIP Email Email + Messaging Widgets Energi Essential Exploitation Tools Extract and Save Mac Application Icons Falsafah Perang ala Sun Tze FAQ Farmasi Fatwa-Fatwa Fatwa-Ulama Financial Services Find a MAC Address in Mac OS X Find iMessage Users + Contacts Finder Fiqh Fiqh Ibadah Fiqh Kontemporer Fiqh Mu'amalah Fiqih Firoq Folders Food Widgets Forensics Formal Free Apps Freeware Furniture games Games Widgets Garut Gas Gatekeeper Get a Homepage - Mac OS X Style Get iTunes track notifications in your Dock Get Mac News Get More Mac and iOS Tips Get quick information with widgets Get RSS Menu Extension for Safari 6 Get Windows Live Hotmail with Mail Get Yahoo Mail with Mail gnome google Google News Gresik Grobogan gSearch - iPhone App Guide Gunung Kidul Guru Hacking Hackint0sh hackintosh Hacks Hadis Hadist Hadits Haji Hartono Jaiz Hasil Seniku Helper Hidden Features Hidden Features in OS X 10.8 Mountain Lion Hong Kong Hongkiat Hotmail How To How to disable the Java web plug-in HRD Ibn Kathir iCal iClarified iCloud iCloud + MobileMe iCloud News iCloud system requirements icon Icon Icons Icons + Screensavers iDesign - iPhone Wallpaper Ied iHackintosh iLife iLife 11 iLife Discussions - GarageBand iLife Discussions - iDVD iLife Discussions - iMovie iLife Discussions - iPhoto iLife Discussions - iTunes iLife Discussions - iWeb iLife News iLife Support Ilmu image Image Capture Imam Imam Abu Hanifah Imam Ghazali Imam Hanbali Iman iMovie Indramayu Info Info CPNS Informal Information Gathering Information Widgets InsanelyMac install driver install kernel install kernel lowlatency install software Install Windows 8 on a Mac Installation International Widgets Internet Internet and Chat Investment Banking iOS 4 iOS Developer News iOS Support iPad iPad - News iPad Support iPhone iPhone - News iPhone 4 iPhone App iPhone SDK iPhone Support iPhone Tips and Tricks iPhoto iPod iPod - News iPod News iPod Support iPod Tips and Tricks - iPhone App iPod touch Irhab iscsi Islam Istri Nabi IT IT Industry Today iTunes iTunes - Latest Movie Trailers iTunes - News iTunes - Top News iTunes App Store iTunes App Store - All New Applications iTunes News iWork Jababeka Jakarta Jaringan Komputer java Java Runtime Environment Jawa Barat Jawa Tengah Jawa Timur Jember Jepara Jlainnya Job Baru job baru brunei Job Baru Malaysia Job Baru Taiwan Job Kontruksi Job Kontruksi Taiwan Jombang Jurnalis Just Added Just Added - iPhone Apps Just Added Downloads Just For Fun Widgets Kalsel Kaltim Karanganyar Karawang Kasir Kata Pengantar Keamanan Komputer Kebumen Kecantikan Kediri Kedokteran Kendal Keputusan Presiden Kerja Kantoran Kesalahan Dalam Solat Kesehatan kext Key Combos Keyboard Shortcuts Keynote Address KIIC Kisah Tauladan Klainnya Klaten Komputer Komuniti Islam Kontruksi Kristologi Kudus Kuliah Kulon Progo Kuningan Kurir Lagu Musik dan Permainan Laki-laki Lamongan Lampung Langsung Launchpad for Mac OS X Snow Leopard Lebak Links Linux Lion Listrik. Logistik Loker Astra LOker Pabrik Lowongan Kerja Lowongan Kerja Guru/Pengajar Lowongan Kerja Pertambangan Lowongan Kerja Rumah Sakit Lowongan Kerja SPG Lowongan Kontruksi Lowongan Kontruksi Taiwan Lowongan Pekerjaan Lumajang Mac Mac 101 Mac 101 - Get One on One with your Mac... Mac App Store Mac App Store - Business Mac App Store - Developer Tools Mac App Store - Education Mac App Store - Entertainment Mac App Store - Finance Mac App Store - Games Mac App Store - Graphics + Design Mac App Store - Health + Fitness Mac App Store - Lifestyle Mac App Store - Medical Mac App Store - Music Mac App Store - News Mac App Store - Photography Mac App Store - Productivity Mac App Store - Reference Mac App Store - Social Networking Mac App Store - Sports Mac App Store - Top 50 Mac Apps Mac App Store - Travel Mac App Store - Utilities Mac App Store - Video Mac App Store - Weather Mac Developer Tips Mac OS X Mac OS X 10.6 Mac OS X 10.7 Lion Mac OS X 10.8 Mountain Lion Mac OS X Applications Mac OS X Things Mac OS X Tips Mac OS X Tips - News Mac OSX Hints Mac OSX Hints - News Mac Quick Tips Mac Support Mac Tip of the Day Mac Tips Mac Tips and Tricks Mac Tips and Tricks - Desktop App Mac Tips Daily Mac|Life Mac101 Mac360 MacApp MacApper MacApps MacFixIt MacintoshOS.com Maciverse MacLion MacNews MacNN MacOSXAudio.com macosxtips.co.uk MacRumors MacSupport MacTech MacTips MacUpdate MacUpdate.com MacVideos MacWidgets Macworld.com - iPhone App Reviews Madiun magazines Magelang Magetan Mahasiswa Mail Maintenance Majalengka Makanan Makna Niat Makrifatullah Malang Malaysia Manager Manajemen Proyek ManiacDev Manufacturing Marketing Masakan Masalah Agama Masalah Rumah Tangga Medis Mekanik Mengenang Ilahi MInyak MM 2100 Mobile MobileMe News ModMyi.com Mojokerto Most Recent Movies + TV Widgets Mualamat Dan Riba Muhammad Thaha Al junayd MUI Mujahideen And Mujahidah Mukjizat Murotal Al-Quran Music Widgets Muslimah Nasehat Nasihat Nasyeed Navigating + Selecting Text in Mac OS X Negara Brunei Negara Canada Negara Taiwan Network Networking + Security Widgets New Application Tips New iPhone Apps news News on Mac News Widgets Nganjuk Ngawi nokia Notification Center Notification Center Tips OB office 2013 Office Boy Oil onemac.net onemac.org Open source OpenDashboard operating system Operator Operator Produksi Organize Your Dock OS OS X OS X - FAQ OS X 10.5 to 10.8 Upgrade OS X 10.7 OS X 10.8 Mountain Lion OS X Basics OS X Daily OS X Lion OS X Mac Tips + Tricks OS X Mavericks OS X Mavericks Tips OS X Mountain Lion OS X Mountain Lion - News OS X Mountain Lion Hompage OS X Mountain Lion Installation Guides OS X Snow Leopard OSX OSX Basics Other OS Pabrik Pacitan Pages Palembang Pamekasan Pandeglang Pangandaran Para Nabi Pasuruan Pati PC Pekalongan Pengumuman Penjaga Orang Jompo Perawat Perawat Panti Jompo Pernikahan Pertambangan & Logam Perusahaan Periklanan Pesanan PJTKI PJTKI Sragen PJTKI Pemalang PJTKI Rembang PJTKI Semarang PJTKI Sukoharjo PJTKI Tegal PLN Podcast Widgets Polisi Khusus Kereta Api Ponorogo Pontianak Portable Computers Ports and Connectors Pos Preambule Preferences Press Release Preview Pria Pro Tip Probolinggo Prof dr. M.M Al-A'Zami proxy PRT Puasa Public Relation Purbalingga Purwakarta Purwodadi Purwokerto Purworejo Putra-Putri Nabi QC Qurban racing Radio + Podcasts Widgets radio islam Rampant Mac - iPhone Wallpapers Rasulullah s.a.w. Remaja Dan Cinta Remote Folder and Synchronization Remove Dock Icons in OS X Mountain Lion Rename Files and Folders Renungan Reporting Tools Resepsionis Reset specific parts of Safari Restart an external device Restoran Riyadhus Shalihin RSS Ruang Keinsafan Rumaha Sakit Rynoedin S1 Safari Safari 5.1 Safari 6 Sahabat Sains dan Al-Quran Salam Redaksi Salatiga Sales Sales Manager Salon Samarinda Sampang Scheduled Startup and Shutdown ScreenCast Online SD and SDXC card slot FAQ Search Widgets Security Sekeretaris Semarang Serang Set up iCloud Set Up Storage Devices Shalat Shaum(Puasa) Shopping Widgets shortcut keyboard Sidoarjo Simple Desks Singapura Siri Siri Tips Situbondo situs islam Sleman SMA SMA/K SMK SMP Snow Leopard Snow Leopard Tips Soccer Softonic - Mac Softonic.com Softpedia Softpedia - Tips + Tricks Softpedia.com Software Solat Sunat Solo Speed Up Your Mac SPG/B Stacks Staff Staff Admin Staff Gudang Staff picks Status Widgets Stop Automatically Updates Storage StorePreview Strategi/Perencanaan Konstruksi Stress testing Subang Sukabumi Sumatera Sumatra Sumedang Sumenep Supervisor Support Surabaya Surakarta suriah Switch 101 switchtoamac.com Syaikh Abdul Aziz bin Baz syaikh Abdullah Bin Abdurrahman Al- Jibrin Syaikh Abdur Razzq 'Afifi Syaikh Abu Usamah Salim bin Ied Al-Hilali Syaikh Ali Hasan Al Halabi Syaikh Dr. Muhammad Musa Alu Nashr Syaikh Ibnu katsir Syaikh Khalid al Husainan Syaikh Kholid bin Abdillah al-Mushlih Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu Syaikh Muhammad bin Shalih Utsaimin Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani Syaikh Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al-Fauzan Syamail Muhammadiyyah syiah.buku-buku sesat Syiakh Masyhur Hasan Salman symbian Syncing with iTunes System Configuration System Preferences Taiwan Take advantage of Quick Look Taking Screenshots Tambun Tangerang tarawih Tasikmalaya Taubat Sahabat Islam Kita Tauhid Tazkiyyatun Nufus Tekhnologi Teknik Mesin Teknisi Temanggung Terminal TextEdit The Apple Blog The Apple Core The Mac Observer The Mac Screencast Guy The MacTips Podcast Theme themes Themes thinkmac.net Time Machine Tip of the Day Tips Tips + Tricks Tips and Support Tips and Trick Tips and Tricks tips ubuntu Tips+Tricks TKI Tki/TKW Sukses TKW tool Top 10 Grossing Apps Top 25 Grossing Apps Top 50 Grossing Apps Top iTunes Tips Top Mac Tips Top10 Mac Tips Top10 Paid Apps Top10 Widgets Top50 Dashboard Widgets TopApps Translates Transportation Travel Widgets Trenggalek tricks TUAW Tuban Tulungagung Tutorial Tutorials tweak Ulama Unix Updates Updating USB 3 devices on Mac - FAQ Use Smart Folders effectively Useful iPhone Shortcuts Ustadz Abdul Hakim Bin Amir Abdat Ustadz Abdullah Taslim Ustadz Abdurrahman bin Abdul Karim At-Tamimi Ustadz Abdurrahman Thayyib Ustadz Abu Abdillah al-Atsari Ustadz Abu Ishaq Muslim Al-Atsari Ustadz Badrussalam Ustadz Firanda Ustadz Hamzah Rifa’i Ustadz Khoilid Abdus Shomad Ustadz Yazid bin Abdul Qadir Jawas Ustadz Zainal Abidin Syamsudin utilities VersionTracker Video Videos Vulnerability Assessment Waiter Waitress wallpaper Wallpaper Doa Wanita Want More Mac Tips ? Warehouse Warisan Wartawan Wates Web Apps web Developer Web Programmer WebApps Webcam Widgets wep cracker whatsapp Which Mac is Worth Your Investment? widget Widgets Windows windows 7 windows 8 windows xp wireless Wonogiri Wonosari Wonosobo Wudhu www.freemacware.com Yahoo Yogyakarta youtube YouTube Videos Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA Zakat ZDNet  Navigation Mac